| MasterPIES @ Michigan - final call and participants' checklist |
|
|
|
| Written by Inda Hanum Samsi |
| Thursday, 18 June 2009 01:29 |
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Program : MasterPIES@Michigan - Unleash Your Potential! Tarikh : 20 dan 21 Jun, 2009 (program rasmi), 22 Jun 2009 (sesi coaching tambahan) Tempat : Chrysler Auditorium & Lounge (20-21 Jun), Pierpont Commons (22 Jun) Pelatih : Fazrul Ismail (Fazrul Ismail is a consultant, coach and trainer. His interest is in Systems Thinking. Several modules has been developed to help people managing life much more holistic and systemic. One of the famous module is Master PIES. If you are interested to know more, please visit http://st-gallery.com/v30/) Seperti email-email yang telah dihantar sebelum ini, program ini bakal membincangkan model PIES (Physical, intellectual, emotional, spiritual) dan bagaimana seseorang dapat memaksimumkan potensi masing-masing dalam mencapai gol-gol di dalam hidup ini dan selepasnya (inshaallah kita bukan sahaja ingin berjaya di dunia ini tetapi di dunia seterusnya =) Antara tools dan tips yang bakal anda pelajari sepanjang program
Saya ketinggalan sesi info berkenaan program, bagaimana ya? Kepada yang masih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program dan bagaimana program ini bakal dijalankan, alhamdulillah kami telah berjaya untuk merekod sesi-sesi info yang lepas. Kepada yang berminat, boleh rujuk ke sini untuk mendengar rakaman. Saya berminat untuk menyertai program ini, apa yang perlu saya lakukan sekarang? Alhamdulillah anda memilih untuk mengambil langkah untuk menjadi professional planner hidup anda ke arah mencapai kejayaan total di dunia dan di akhirat nanti (benar bukan mudah untuk meraih redhaNya, tapi kita cuba ya?). Untuk yang bakal hadir, di bawah ini disediakan checklist perkara yang mesti anda lakukan sekarang.
Saya berminat untuk menyertai tetapi tidak akan dapat hadir. Alhamdulillah, tahniah juga kepada anda kerana dengan kekangan dan halangan yang ada, anda masih berminat untuk menghadiri majlis ilmu ini. InshaAllah kami bakal menyediakan beberapa slot yang akan di broadcastkan secara online. Maklumat lanjut akan diberi dalam waktu terdekat. Kepada yang ingin untuk sama-sama melabur di dalam program ini, anda juga boleh berbuat demikian dengan membantu rakan-rakan yang mungkin mempunyai kekangan kewangan untuk hadir - inshaAllah, sadaqah jariah yang bakal menjadi pembantu kita kelak, ameen. Sila emailkan hasrat anda ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Oleh kerana program ini adalah satu-satunya training program MasterPIES yang bakal diadakan di USA khusus untuk para pelajar, kami juga memohon untuk anda memanjangkan info berkenaan program ini kepada saudara-saudara dan sahabat-sahabat terdekat. Samada mereka akan pergi atau tidak, tidak mengapa. Paling tidak, mereka mengetahui program ini bakal diadakan. Jika mereka ingin info dan tips seterusnya, mereka boleh sign up untuk InfoPIES di sini. Ok, saya telah lakukan seperti dikehendaki/disarankan, so what now? Jika anda bakal hadir ke Michigan, kita jumpa di sana nanti inshaAllah. Jika anda tidak dapat hadir, doakan perjalanan program kami dan usaha kami diterimaNya ya? Benar untuk melakukan itu mudah. Tetapi untuk ikhlas dan ittiba' (mengikut Rasul) mungkin sedikit mencabar. Moga doa kalian bakal membantu kami. InshaAllah kejayaan program ini bakal menjadi kejayaan bersama. Jangan lupa doakan program ini berjaya ketika solat tahjud atau ketika apa jua keadaan ya ? Maaf Zahir batin atas salah silap sepanjang perancangan program. Teguran dan doa kalian inshaAllah bakal membantu kejayaan saya. Dan Allah jugalah sebaik-baik perancang. Inda Samsi MasterPIES@Michigan - Unleash Your Potential! http://annkayspies.wordpress. |

















