Assalamualaikum,
Untuk kesekian kalinya MISG akan mengadakan Islamic Spring Retreat, ISR. Akan tetapi, kali ini akan ada keunikan tersendiri, ISR yang lebih unik dan bersifat santai, lebih santai dari biasa. Program ini dipanggil Cabin Islamic Spring Retreat, CISR.
Apakah itu CISR? Program ini akan di
cabin. Lelaki akan mendapat satu cabin dan perempuan akan mendapat satu cabin. Insyallah kita akan mendapat penceramah jemputan khas dari Malaysia. Sesi pengisian max 3 slot sehari, selebihnya adalah aktiviti bebas. Aktiviti bebas yang dimaksudkan adalah bermain ski/snowboarding dengan jemaah di
Seven Springs, meluangkan masa berborak dengan rakan-rakan jemaah, membuat perlawanan pool sesama jemaah, mahupun berendam secara berjemaah dalam hot tub yang tersedia didalam cabin. Sangat menarik bukan?
Dari masa anda terbuang dengan aktiviti yang kurang bermanfaat semasa cuti spring break ini, lebih baik kita hadir ke CISR, mengisi masa lapang dengan kuliah, mengisi dada dengan ilmu, mengisi perut dengan masakan yang sedap-sedap dan tidak kurang juga mengisi Facebook dengan kenalan baru.
Ayuh, mari ke CISR!
Tarikh: 8-10 Mac 2010
Lokasi:
Log Cabin Motel, Suite
160 dan
162. (288 Route 711, Jones Mills, PA)
Yuran: Bawah $60 termasuk makanan, lagi ramai lagi murah.
Pendaftaran:
http://tinyurl.com/yj9ozo6
Sebarang persoalan bolehlah diajukan kepada;
Umar Farouk :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Asilahani:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it